MyRinggit.Tripod.Com


TM & Streamyx
Streamyx SME untuk peniaga/usahawan
Celcom Broadband & Postpaid
PruBSN Takaful
Khidmat Terjemahan
Daftar MOF
Hubungi Kami

Streamyx SME untuk peniaga/usahawan

Kepada Para Peniaga Kecil Dan Sederhana,

Syarikat/Perniagaan anda tidak mempunyai internet jalurlebar perniagaan (business broadband). Pada masa yang sama, bil bulanan untuk penggunaan telefon syarikat/perniagaan anda tidak melebihi RM250 sebulan (secara purata), ATAU..

Syarikat/Perniagaan anda sedang melanggan internet jalurlebar perniagaan, tetapi dengan kelajuan kurang daripada 1Mbps (contoh: 384kbps@512kbps), dan penggunaan telefon syarikat/perniagaan anda tidak lebih daripada 100 sebulan (secara purata), ATAUPUN..

Anda syarikat kecil dan sederhana (mikro SME) yang baru sahaja melanggan talian telefon dengan Telekom Malaysia (TM).

TM kini menawarkan pakej Streamyx SME khusus untuk para peniaga kecil dan sederhana seperti anda, dengan penjimatan yang tiada tandingan.

Dengan langganan RM150 bulanan, anda akan mendapat talian internet jalurlebar (broadband) tanpa had dengan kelajuan 1Mbps, di mana pada masa yang sama sewa bulanan talian telefon (perniagaan) tidak akan dikenakan (waived). Kebiasaannya talian internet broadband tanpa had dengan kelajuan sedemikian dikenakan caj langganan bulanan sebanyak RM148, manakala sewa bulanan talian telefon (perniagaan) pula sebanyak RM45. Jimat kan?

Dengan kos yang semakin meningkat pada waktu ini, mungkin penjimatan di atas belum cukup bagi anda. Oleh yang demikian, dengan pakej ini juga anda akan diberi nilai panggilan tempatan (STD) sebanyak RM50 percuma. RM50 yang pertama PERCUMA, mahu tak?

Ooopps..ada lagi. Selepas RM50 pertama PERCUMA, panggilan melepasi RM50 tadi hanya dikenakan 14 sen seminit untuk panggilan tempatan dan 17 sen seminit untuk panggilan ke telefon bimbit. Terhad? Tidak, ke mana jua dalam negara dan pada bila-bila masa.

Memikirkan bahawa syarikat/perniagaan sentiasa mahukan perkhidmatan nilai tambah kepada produk yang mereka langgan, maka dengan Streamyx SME juga anda akan diberikan secara PERCUMA khidmat E-Storage, satu sistem penyimpanan data luaran yang anda boleh gunakan untuk menyimpan data secara atas talian (online). Sistem ini memberikan perlindungan keselamatan terhadap data/maklumat perniagaan mahupun peribadi, lantas memastikan segala data/maklumat yang anda simpan sentiasa ada apabila anda memerlukannya. Ia juga bertindak sebagai penyelesaian backup untuk simpanan data, bagi menghapuskan kebimbangan anda tentang kehilangan data/maklumat kritikal akibat kerosakan sistem komputer anda atau insiden tak diingini seperti bencan alam, kecurian atau pecah masuk. Ia turut membenarkan anda mengakses data/maklumat syarikat anda mahupun peribadi pada bila-bila masa dan di mana jua, dengan adanya internet dan pelayar web (web browser). Khidmat ini juga sentiasa membuat salinan kepada data yang anda simpan dan pelayan (server) sistem ini terletak di pusat data ISP dengan jaminan perlindungan yang tinggi (highly secured). Saiz simpanan data PERCUMA yang ditawarkan untuk pakej ini adalah sebanyak 1 Gigabait, bersamaan 1000 Megabait (1000 MB).

Anda sangka sudah cukup nilai tambah yang TM berikan? Belum habis lagi. Dengan Streamyx SME juga, anda akan mendapat kad panggilan korporat TM dengan nilai kredit RM300 pada kadar standard TM dan deposit PERCUMA (kebiasaannya deposit bernilai RM100)