MyRinggit.Tripod.Com


TM & Streamyx
Streamyx SME untuk peniaga/usahawan
Celcom Broadband & Postpaid
PruBSN Takaful
Khidmat Terjemahan
Daftar MOF
Hubungi Kami

Daftar Kementerian Kewangan (MOF)

Apa itu ePerolehan?
ePerolehan adalah sistem perolehan elektronik yang menggunakan teknologi berasaskan multimedia dan web bagi membolehkan agensi kerajaan melaksanakan pembelian barang-barang bekalan dan perkhidmatan melalui internet.

Objektif ePerolehan?
  • Memastikan nilai terbaik bagi perolehan kerajaan dengan menjadikan Kerajaan sebagai Pembeli Pintar.
  • Memastikan pembekal menerima pembayaran dengan lebih cepat dan tepat.
  • Menjamin akauntabiliti dan ketelusan dalam semua perolehan Kerajaan
  • Meningkatkan kerjasama di antara Kerajaan dengan semua sektor perniagaan (business sector)

Siapakah Perlu Menjadi ePerolehan Enable?

  • Pembekal, perunding, dan pemberi perkhidmatan kepada kerajaan.
  • Terdapat lebih dari 70000 syarikat pembekal dan perunding yang masih belum mendaftar

Faedah-faedah ePerolehan Kepada Pembekal

  • Menyediakan kemudahan untuk memasuki e-dagang dengan Kerajaan
  • Peluang pasaran global
  • Menyediakan pasaran yang lebih luas
  • Memendekkan proses perolehan & mengurangkan kos pentadbiran dan operasi
  • Pembayaran yang cepat dan selamat melalui Pemindahan Dana secara Elektronik (EFT)

Kaedah Urusniaga Dengan Kerajaan

  • Kontrak Pusat - Pembelian dengan syarikat yang telah ditawarkan kontrak untuk membekalkan produk/perkhidmatan pada harga yang telah ditentukan
  • Pembelian Terus -Urusniaga kurang dari RM50,000
  • Sebut harga - Urusniaga di antara RM50,000 - RM200,000
  • Tender - Urusniaga melebihi RM200,000

Sebagai agen, kami membantu mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan dan ePerolehan dengan caj berpatutan.