Saya, Ahmad Nizam Bin Ismail, pengasas Madeyla Enterprise mempunyai pengalaman menterjemah ketika bertugas di:
a) TMNet Sdn Bhd - menterjemah pelbagai teks maklumbalas kepada (melalui
e-mel) bagi bahagian Khidmat Pelanggan (Customer Service), daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dan juga sebaliknya
(Melayu->Inggeris). Selain menterjemah, turut mengarang teks maklumbalas tersebut, menyunting dan menyaring maklumbalas
kakitangan Khidmat Pelanggan sebelum sampai kepada pelanggan TMNet.
b) AEON Credit Services Berhad - menterjemah dan menyediakan sampel maklumbalas surat dan
maklumbalas e-mel rasmi beberapa jabatan dalam syarikat, kertas projek, prosedur operasi standard (SOP), carta aliran kerja
dan dokumen berkaitan Bank Negara.
c) Syarikat-syarikat lain - membantu rakan-rakan menyediakan brosur, flyer dan dokumen pemasaran/pengiklanan
untuk syarikat di mana mereka bekerja. Antaranya, syarikat pembekal peralatan ortodontik, perhotelan dan lain-lain.
Kelayakan:
- Diploma Business Studies UiTM - CGPA 3.36/4.00
- SPM English - A1; SPM Bahasa Melayu - A1
- Malaysian Universiti English Test (MUET) - Band 4 (Good)
Bayaran yang dikenakan bagi menterjemah boleh dirunding. Penterjemahan hanya untuk Bahasa Melayu ke
Bahasa Inggeris dan juga sebaliknya (Inggeris -> Melayu)